Buluhmas kena siasat Bank Negara Malaysia

JANA PENDAPATAN DENGAN



Bank Negara Malaysia menyerbu empat syarikat hari ini yang disyaki terlibat dalam kegiatan pengambilan deposit secara haram dan pengubahan wang haram.

Dalam satu kenyataan hari ini, Bank Negara berkata empat syarikat itu ialah Buluhmas Enterprise Sdn Bhd, Jazmeen (M) Sdn Bhd, Noradz Travel and Services Sdn Bhd dan Eastana Farm Industries Sdn Bhd, yang beroperasi di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Aset-aset dan dokumen bekaitan syarikat itu dirampas untuk tujuan penyiasatan.

Serbuan itu dibuat berikutan aduan orang ramai.

Bank Negara akan menjalankan siasatan ke atas operator syarikat terbabit mengikut Seksyen 25(1) Akta Institusi Kewangan dan Perbankan (BAFIA) 1989 dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001.

Jika sabit kesalahan, operator skim berkenaan boleh dipenjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak lebih RM10 juta atau kedua-duanya mengikut BAFIA.

Denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya pula boleh dikenakan ke atas pesalah mengikut Seksyen 4(1) AMLATFA 2001.

Bank Negara menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan skim pelaburan wang yang dianjurkan menerusi Internet, panggilan telefon atau seminar yang dianjurkan oleh individu atau syarikat yang tidak berlesen atau dibenarkan oleh Bank Negara untuk menerima deposit atau menjalankan urus niaga tukaran asing.

Senarai semua institusi berlesen yang menerima deposit boleh didapati di laman web Bank Negara Malaysia di www.bnm.gov.my.

credit to BERNAMA

Iman Seorang Imam

JANA PENDAPATAN DENGAN




Renung-renungkan dan selamat beramal...

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia.
Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.
"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya.
"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam.
Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.

Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam... Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

"DUNIA sebagai ALAT AKHIRAT sebagai MATLAMAT"

Kemenyan Dalam Kete Linda ONN

JANA PENDAPATAN DENGAN



Giler kaya dia ni..ada dua kete BMW…yg merah tu yg bole bukak bumbung…tp sape la yg punye keje tu ekk..


Benda 'asing' dalam kereta Linda

Ya Allah... Percaya tak? Siang tadi,kawan Linda lepak dalam kereta Linda.. Dia ni perokok. So,dia mintak Linda tekankan tempat pembakar rokok dalam kereta. Alaaa...benda alah yang bulat macam kat bawah ni...





Tiba-tiba je,dia tanya Linda "Eh,apa bau kemenyan ni?" . Linda pun jawab "Entah ! Agaknya dari tempat pembakar ni kot?" . So , bila Linda cabut benda tu,...sah ! bau kemenyan ... busuk !





Bila Linda tengok benda tu dekat-dekat , Linda nampak serpihan serbukbatu kemenyan kecik-kecik kat sekeliling bulatan pembakar tu...




Bawah ni gambar DEKAT ....





Aaaaa...nampak tak serpihan serbuk kemenyan kat keliling tu ?
Linda rasa kurang sedap , so , Linda pergi cek kereta Linda yang kedua...cehhh...macam CSI pulak..





Bau kemenyankuat sangat sehhhh !! Berasap. Bau busuk satu kereta Linda!!
Sampai ke malam , Linda berfikir , siapa punya kerja lah agaknya yang bakar kemenyan kat dalam kereta Linda ni. Anyway , Linda positif aje...Linda sentiasa berdoa pada tuhan , kalau ada sesiapa yang buat tak baik pada Linda , Linda mintak dibalikkan perkara yang tak baik tu kepada orang tu.
Kemenyan bukan isunya sekarang ni tapi isunya ialah penggunaan kemenyan tu untuk melakukan amalan sihir terhadap orang lain.
Tidak ada hadis yang melarang menggunakan kemenyan tetapi ada hadis beritau bahawa syaitan, iblis dan jin jahat suka kepada najis dan bau2 busuk. Kerana itu pengamal ilmu sihir menggunakan kemenyan untuk memanggil syaitan supaya menganggu orang2 tertentu. Pendapat yang mengatakan bahawa kemenyan adalah makanan syaitan bukanlah dari al-quran atau hadis tapi ianya adalah pendapat ulamak kerana ianya digunakan untuk menyeru syaitan.
Masalahnya sekarang ni, ada pihak yang telah cuba mengenakan ilmu sihir ke atas linda, mungkin untuk dengki, kacau, suka, cinta, pikat, geram dan sebagainya. Allahualam.... Perkara ni memang wujud. Alhamdulillah,Linda sedar awal. Harap tuhan melindungi Linda. Ameen.
Kawan-kawanku , ingatlah..bahawa amalan sebegini boleh dikaitkan dengan sihir dan kemuncaknya,perkara itu adalah syirik dan syirik tempatnya adalah di neraka dan tiada pengampunan dari Allah swt. Amalan ini adalah lemah...dan mudah dipatah balikkan dengan Al Quran dan amalan yang benar.
Moral of the story , kalau nak bakar kemenyan , nak buat benda-benda tak senonoh tu semua , bakar kat dalam kereta sendiri , jangan bakar kat dalam kereta orang lain..
JANGAN BAKAR KEMENYAN DALAM KERETA KU !! :-)