Ibu tunggal boleh melacur jika darurat?

TEMPAT LEPAK PALING BEST



Akhbar Berita Harian melaporkan bahawa Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) menyatakan bahawa dua ibu tunggal di Pulau Pinang terpaksa melacurkan diri kepada rakan sekerja, termasuk sanggup dibayar secara ansuran, bagi menyara anak mereka.

Sebelum ini, kenyataan bekas Setiausaha Parlimen Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim mengenai isu ibu tunggal boleh melacur jika darurat dibidas Ustaz Ismail Noh

Berhubung kes di Pulau Pinang tersebut, seorang daripada mereka bekerja sebagai jaga dan mempunyai enam anak, manakala seorang lagi tukang cuci, terpaksa berbuat demikian kerana kesempitan hidup apabila bekas suami gagal memberi nafkah anak-anak, walaupun Mahkamah Syariah mengeluarkan perintah berkenaan, sejak tiga tahun lalu.

Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie JKSM, Datuk Ibrahim Lembut, berkata berdasarkan maklumat diperoleh kelmarin, ibu tunggal enam anak itu terpaksa melacurkan dirinya selepas dua bulan diceraikan.

"Dia sudah tiga tahun diceraikan dan pada bulan kedua dia mula melacurkan diri kepada rakan sekerja, malah menerima bayaran secara ansuran kerana mahu menyara anaknya kerana gajinya sebagai jaga terlalu kecil.

"Seorang lagi ibu tunggal yang bekerja sebagai tukang cuci juga mengambil jalan sama bagi menyara beberapa anaknya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Isu-Isu Mahkamah Syariah Ke-10 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, hari ini.

Ustaz Ismail berkata, tindakan Dr. Mashitah menyatakan bahawa ibu tunggal boleh melacur dalam keadaan darurat untuk menyara anak-anak adalah satu kenyataan tidak berdasarkan kepada nas mahupun hadith.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Keterangan Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) (pindaan 2005) di Dewan Rakyat sebelum ini. “Saya terkejut yang berhormat Dr Mashitah seorang yang mengaji, tetapi mengeluarkan kenyataan seperti ini” katanya.

Dalam keadaan ini, Dr. Mashitah seharusnya memberi jawapan bahawa ibu tunggal yang dalam keadaan darurat lebih baik meminta sedekah atau buat kerja lain daripada berzina. Secara jelas dalam Islam tidak ada kias yang membolehkan seseorang yang darurat itu melacur kerana melacur ini adalah berzina, katanya. Ujar beliau, di dalam Al-Quran sendiripun secara jelas memperincikan soal haramnya aktiviti penzinaan.

“Jangan mendekati zina” kata Ustaz Ismail yang memberi maksud petikan ayat Al-Quran.

Justeru, beliau menyeru Dr. Mashitah supaya prihatin terhadap apa yang telah diucapkannya berhubung isu pelacuran seperti yang dilapor dalam akhbar sebelum ini.


Jawapan:

Saya terdapat sedikit kekeliruan mengenai jawapan dan komentar Dato’ berdasarkan isu boleh melacur jika seseorang itu terdesak di dalam Harian Metro. Saya merasakan perkara ini kurang jelas untuk difahamkan kepada umum. Jadi saya minta Dato’ perjelaskan dengan lebih lanjut!



Terima kasih kerana ikhlas bertanya saya tentang isu ini secara terbuka. Sebenarnya saya menjawab soalan Razin dalam ruangan “Anda Musykil Dr Mashitah Jawab” ( METRO) yang mempersoalkan apakah hukumnya ibu tunggal yang terpaksa menjual diri untuk membesarkan anak-anak, adakah anak yang sudah mengetahui pekerjaan ibunya tetapi masih menggunakan wang itu akan turut berdosa? , dan apakah hukumnya wang itu dizakatkan? Berdasarkan jawapan saya hukum dikeluarkan berbeza-beza mengikut keadaan atau zuruf. Dalam keadaan biasa saya menjelaskan bahawa melacur itu tetap haram di sisi Islam. Namun ketika dalam darurat ia di maafkan. Di sini apa yang ingin saya sampaikan bukan bermakna jika keadaan terdesak dan terpaksa perempuan dibolehkan melacur. Sebaliknya hanya dalam keadaan benar-benar darurat. Contoh paling mudah ialah khinzir : di sisi Islam ia haram dimakan namun ketika darurat ( tiada langsung makanan ) khinzir boleh dimakan. Jadi dalam keadaan ini melacur dimaafkan ketika dalam darurat sahaja. Masyarakat sendiri lebih memahami apakah maksud darurat di Malaysia. Persoalannya adakah di negara kita sudah sampai tahap darurat? Tidak , jadi saya cuba mengajak masyarakat dan “insan yang bertanya” berfikir secara rasional. Adakah dengan menjadi ibu tunggal sudah sampai tahap darurat? Malah ingin membayar zakat fitrah lagi. Sedangkan kita ada Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat serta pelabagai organisasi yang akan membela nasib para ibu tunggal. Justeru, saya tetap menyatakan dalam kes soalan Razin itu sebagai haram seorang ibu tunggal melacurkan dirinya.

Begitu juga, saya telah memberi penekanan kepada perkataan “terpaksa” yang bermaksud kemungkinan seseorang wanita itu ditipu dan diperangkap lalu dilacurkan. Maka dalam hal ini wanita tersebut tidak bersalah kerana bukan atas kehendaknya sendiri tetapi orang yang menjadi Bapa Ayam itulah yang terpaksa menanggung dosa besar wanita tersebut.

Saya juga suka untuk mengingati masyarakat yang terkeliru berdasarkan kenyataan akhir jawapan saya, mengenai isu ini yang jelas telah mengkategorikan masalah ini bukan darurat. Di mana ibu tunggal ini ingin membayar zakat. Lalu saya menjawab : orang yang terdesak dan darurat tidak mungkin mampu membayar zakat bahkan dia tergolong dalam asnaf yang layak menerima zakat. Oleh itu, jelas menunjukkan kepada semua, pekerjaan ibu tunggal yang melacur tadi adalah haram kerana ia terkeluar dari darurat.

Selain itu, dalam ruang tersebut saya sebenarnya telah menjawab dengan panjang lebar tetapi telah dipendekkan kerana kapisiti untuk bahagian menjawab soalan tadi adalah agak terhad. Maka, jawapan saya secara mendalam dan menyeluruh tidak berpeluang dihidangkan kepada pembaca sepenuhnya.

Waakhiran, saya berharap agar jawapan saya tidak disalah ertikan oleh masyarakat kerana ia akan mengeruhkan keadaan sahaja. Dan ini juga hanya jawapan saya dalam ruang soal jawab berdasarkan ilmu yang telah dipinjamkan oleh Allah kepada saya bukannya satu fatwa baru. Yang penting kita jangan cepat melatah!
0 Responses