Turkestan Timur Bermandikan Darah
11:35 AM
TEMPAT LEPAK PALING BEST

Kebuasan yang Disorokkan oleh kerajaan Komunis China
Apabila kita memperkatakan tentang ideologi-ideologi yang menyebarkan kesengsaraan di serata dunia, maka komunisme mendapat tempat paling atas. Dengan berdasarkan kepada idea-idea dua orang ahli falsafah Jerman, Karl Marx dan Friedrich Engels, sistem kepercayaan ini telah pun dilaksanakan oleh pemimpin-pemimpin yang kejam seperti Lenin, Stalin, dan Mao, dan seterusnya membawa kepada penyembelihan dan pembunuhan yang amat kejam sepanjang sejarah peradaban dunia.
Walaupun kita bersetuju bahawa rejim komunis telah tumbang dengan berpecahnya Kesatuan Soviet, namun ideologi dan amalan komunisme sebenarnya masih terus wujud, sama ada secara terbuka mahupun sulit. Umat Islam Turki di Turkestan Timur masih terus berada di bawah penindasan Maoist Red China. Pencabulan hak asasi manusia di Turkestan Timur tidak boleh diabaikan sama sekali.
Kekejaman China di Turkestan Timur
Umat Islam Turki di Turkestan Timur yang dikenali sebagai Uighurs, telah hidup di bawah dominasi kerajaan China selama lebih kurang 250 tahun. China telah memberikan nama kepada wilayah Islam tersebut sebagai "Xinjiang" ataupun "tanah yang ditawan," dan menganggapnya sebagai tanah milik mereka sendiri. Berikutan dengan pengambilalihan China oleh komunis pada tahun 1949 oleh Mao, penindasan yang berlaku di Turkestan Timur semakin menjadi-jadi. Rejim komunis mula melakukan penghapusan umat Islam yang enggan untuk diasimilasikan.
Bilangan umat Islam yang dibunuh amat mengejutkan. Di antara tahun 1949 dan 1952, 2.8 juta umat Islam mati, sama ada dibunuh oleh tentera China ataupun mati akibat kebuluran. Di antara tahun 1952 dan 1957, lebih 3.5 juta nyawa terkorban, kemudian 6.7 juta di antara 1958 dan 1960, dan kemudian di antara tahun 1961 dan 1965 pula, seramai 13.3 juta manusia mati.
Olimpik Berdarah
Beberapa minggu sebelum berlangsungnya sukan Olimpik di Beijing, kerajaan China telah mengeluarkan amaran kepada Jawatankuasa Olimpik terhadap serangan pengganas (tuduhan yang dilemparkan kepada umat Islam). Dengan kerjasama erat PBB dan Amerika membantu China memerangi pengganas, seramai 8 orang penduduk Islam Turkestan Timur diburu. Hal ini bukanlah suatu perkara luar biasa kerana pakatan kuffar adalah satu tetapi bagaimana pula pakatan umat Islam?