Siti Nurhaliza dan Adiknya
gambar lydia ibtisam kahwin
Rich Dan Velvet AF4 kahwin

dapatkan free preview kat siniSINI

RICH yang baru beberapa hari bergelar suami ditemani ahli grup Estranged bagi sesi temu bual ini. Dia banyak mendiamkan diri.
Sebaliknya Hanafi, Din dan Andy yang sering mengusiknya yang dia mungkin merindui si isteri yang masih berada di Negeri Di Bawah Bayu.
Ya, Rich atau Richael L. Limbang, vokalis band yang kini muncul dengan album Remain Unknown ini sudah pun bergelar suami kepada penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim keempat, Velvet Lawrence Aduk pada Disember lalu.
Majlis yang diadakan di Shangri-La Tanjung Aru Resort, Kota Kinabalu, Sabah itu dihadiri kira-kira 600 orang jemputan daripada kaum keluarga dan rakan terdekat sahaja.
Ujar Rich yang sentiasa memegang sebotol air mineral dan menampakkan cincin terserlah di jari: “Saya memang mahu beritahu kepada semua setelah selesai semua resepsi.
“Kami dan keluarga memilih untuk mengada-
kannya secara eksklusif dan tertutup. Saya harap itu dapat dihormati.”
Pasangan ini melangsungkan pertunangan pada Julai lalu selepas Rich melamar Velvet pada awal tahun. Kemudian perancangan untuk ke hari bahagia disusun cantik tanpa pengetahuan ramai.
“Kami juga cuma dapat tahu sebulan sebelum Rich mahu berkahwin,” ujar Din mewakili grup mereka.

Rich yang pulang dua hari ke Kuala Lumpur untuk acara Separuh Akhir Muzik-Muzik menyedari bahawa ada sesetengah pihak yang terkejut dan terasa hati tentang rahsia perkahwinannya yang berlangsung 5 Disember lalu, namun ada sebab semua itu berlaku.
“Saya tidak mahu kecoh-kecoh. Dalam masa yang sama Estranged juga baru keluar album. Jadi saya tidak mahu hal peribadi mengganggu kelancaran album kami,” ujarnya yang nyata terkejut dengan hal perkahwinannya tiba-tiba jadi bualan.
“Saya sedar hal yang baik tidak patut dirahsiakan tetapi segalanya terpulang kepada individu bagaimana mahu mengadakan hari bahagia mereka.
“Bagi kami perkahwinan itu sangat suci dan kami mahu ia dibuat secara tertutup”, ujar Rich yang akan membawa isterinya berbulan madu pada tahun hadapan.
“Kami sudah berpasangan selama dua tahun. Saya jumpa jodoh saya dan rasa kini adalah masa yang sesuai untuk saya mendirikan rumah tangga.
“Tidak perlu tunggu lama-lama,” jelas Rich yang tidak mengadakan sebarang resepsi di Kuala Lumpur.
Selepas bergelar suami Rich merancang untuk lebih pandai membahagikan masa. Estranged kini baru selesai membuat klip video bagi lagu Aurora dan akan muncul dengan single ketiga mereka yang bertajuk In No Time.
Andy dan Din yang menghadiri perkahwinan teman baik mereka ini juga meluahkan rasa terkejut dan tidak menyangka hal ini boleh menyinggung hati beberapa pihak.
Tetapi mereka menghormati permintaan kedua-dua keluarga mempelai dan yang lebih penting lagi bagi Estranged adalah memisahkan hal peribadi dan muzik mereka.
sari yanti kahwin 17 januari 2008

dapatkan free preview kat siniSINI
Banyak pelakon sekarang yang takut berkahwin semasa nama masih di kemuncak kerana bimbang populariti akan menurun. Adakah itu satu realiti, atau hanya alasan sahaja?
Ada yang sangat takut mendedahkan status sebagai isteri orang kerana bimbang populariti tidak dapat diraih sebagaimana artis bujang. Itu alasan sahaja.
Pelakon Sari YantiWajah bakal pengantin dalam kad undangan.
kini antara nama yang sedang meniti di bibir peminat. Banyak drama lakonannya diterima dan diminati ramai. Sari Yanti juga nampak mesra media. Ada sahaja kisahnya menjadi paparan majalah hiburan dan ruangan hiburan di akhbar harian.
Tengah orang bercakap pasalnya, Sari Yanti Mohamad Nazari, 24, sudah ada perancangan menamatkan alam bujang.
Sari sudah hantar kad undangan kahwin kepada kenalan, keluarga dan pihak media. Majlis perkahwinannya akan diadakan di rumah keluarga di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 17 Januari 2009.
Sari ni nampak sahaja macam budak-budak sebab terbawa-bawa watak dalam drama Kisah Kaisara yang mempopularkannya. Dia sudah dewasa dan kini bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri pula.
Sari memilih Mohd. Eddy Casmady Che Hussin sebagai pasangannya. Lihatlah foto mesra mereka. Memang sama cantik dan sama padan.
Selamat pengantin baru Mangga Online ucapkan. Semoga berkekalanlah hendaknya. Dalam hangat sebuah demi sebuah rumah tangga artis runtuh, ada yang baru merancang bina rumah tangga. Semoga Sari dan Eddy bahagia.


Sewa rumah PM RM345, 833.33 sebulan

dapatkan free preview kat siniSINI
Rakyat susah tetapi bayar hampir RM10 juta untuk istana PM/TPM
R6.89 juta: percaya atau tidak itulah jumlah yang kerajaan Pusat bayar kepada Putrajaya Holdings bagi menyewa Seri Perdana dan Seri Satria iaitu kediaman resmi PM dan TPM kita. Seri Perdana disewa pada kadar RM4.15 juta setahun ataupun RM345, 833.33 sebulan atau RM11,527.77 sehari! Manakala Seri Satria pula RM2.74 juta setahun ataupun RM228 333.33 sebulan atau RM7,611.11 sehari!
Angka berkenaan dimaklumkan dalam Dewan Rakyat semalam.
Manakala kos penyelenggaraan Seri Perdana sahaja adalah RM1.89 juta setahun bersamaan RM158 051.40 sebulan atau RM5 268.38 sehari. Dan Seri Satria RM1.13 juta setahun bersamaan RM94, 156 sebulan atau RM 3 138.53 sehari!
Inilah bangunan yang Almarhum Ustaz Dato Fadzil Nor dulu cadang untuk dilelongkan jika BA (ketika itu) berkuasa. Saya tidak tahu tentang anda tetapi saya sendiri tidak terbayang begitu banyaknya wang yang dibelanjakan untuk menampung PM dan TPM kita sekeluarga.
Sewa sehari Seri Perdana bersamaan RM11,527.77 sehari, sedangkan gaji pokok permulaan seorang guru dengan diploma hanyalah RM1,405.71. Dengan RM1,405.71 inilah guru tadi menampung keluarga dan kehidupan hariannya sedangkan kita membayar RM11, 527.77 sehari buat PM kita! Malah menurut jadual tangga gaji baru seorang Ketua Polis Negara pun dibayar lebih murah (perbandingan gaji pokok permulaan) dari kita menyewakan Seri perdana untuk Perdana Menteri kita. Gaji pokok permulaan KPN adalah RM9 615.98 (menurut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 tahun 2007) sebulan.
Jadi apa nak kita lakukan?
Dalam pada itu rakyat diseur berjimat cermat. Tahun depan mungkin keadaan ekonomi semakin gawat, syarikat-syarikat gergasi dunia sudah mula memberhentikan para pekerjanya. Dan kita dalam susah-susah memuntahkan dari isi perut hampir RM10 juta setahun bagi menempatkan tak sampai 10 orang di dua istana kerana mereka adalah PM dan TPM kita
credit :http://n32.blogspot.com/
Gambar Noraniza Idris seksi dan bertudung
Gambar Darling yang Ayu agak seksi

dapatkan free preview kat siniSINI
Profile
Nama Sebenar: Nasreen Ngasri
Nama Komersil: Darling
Tarikh lahir: 2 Jun 1983
Tempat lahir: Johor Bahru, Johor
Umur: 25 tahun
Pendidikan: Diploma Pengajian Perniagaan Olympia College
Status: Bujang
Profesion: Pengacara, Pelakon dan Pengarah Urusan Nasreen Pictures Sdn Bhd
Rancangan Televisyen: Kelab Colgate, Kelab Kanak-kanak Angkasapuri, Alam Ria Cuti Sekolah, Rancangan Kerengga, Kelab Remaja Mergastua dan Kuiz Pengguna Peringkat Kebangsaan di Pulau Pinang.
DRAMA: Lebih 300 antaranya, City Of The Reach, Selamat Hari Jadi Su, Get’em Closer, Cikgu Kami, Demi, Ampunkan Dosaku, Tak Sangka No, Takbir Khadijah, Jaringan, Ya Beda Bedu, Aku Bukan Malaikat, Gadis Cuci.
FILEM: Yassin dan SH3 The Movie
PENCAPAIAN: Pelakon Pembantu Terbaik Anugerah Skrin 1996 (Selamat
Harijadi Su 3) dan Pelakon Pembantu Drama Radio Terbaik Anugerah Seri
Angkasa 2005.
Anak Radhi OAG sudah sedar

dapatkan free preview kat siniSINI
![]() |
"Rifdhi dah mula sedar dan mampu beri tindak balas dengan gerakkan tangan dan mengangguk apabila saya dan isteri bercakap-cakap dengannya bermula tengah hari semalam".
Begitu kata vokalis dan gitaris kumpulan rock Old Automatic Garbage (OAG), Radhi (gambar) mengenai perkembangan anak tunggalnya, Mohd. Rifdhi Muslim, 3, yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pantai kerana jangkitan kuman pada paru-paru setelah tenggelam beberapa minit dalam kolam di rumah neneknya dua hari lepas.
"Dia hanya buka mata dan gerakkan tangan untuk cabut tiub di badannya, mungkin disebabkan tak selesa tapi setakat ini masih tak bercakap lagi,"
Gambar Tanah Runtuh di Bukit Antarabangsa Ampang
Toilet canggih di British

dapatkan free preview kat siniSINI
orang jepun ni memang gile kentang sket..
memang canggih la tandas nie
House built more wonderful than to see the role of their buildings; this point, the design of toilets on the use of the lot, in addition to solving the urgent problems, but also many unexpected you…… the role of the British secret toilet, it is like a manhole covers, and really save space.