
dapatkan free preview kat sini SINI
Saya memang pantang langkah longkang melainkan jika terpaksa. Selain dari itu, saya juga tidak lalu di bawah ampaian, Bila mandi, air pertama perlu diselawatkan dulu,?itulah pengakuan Rozita Che Wan apabila ditanya jika dia ada mengamalkan sesuatu untuk kekal cantik.
Tetapi, Rozita menambah, jangan salah faham. Amalan tersebut bukan berkaitan dengan penggunaan susuk seperti yang diceritakan orang lain sebelum ini. Tetapi ianya lebih kepada amalan harian yang diamalkan orang tua saya.
saya masih waras lagi. Masih dapat fikirkan akibat jika memakai susuk. Sekarang pun, dengan tidak memakai susuk, rezeki saya masih ada,?tambahnya yang telah membintangi lima buah filem iaitu misteri Balan-Balan 2? sifu dan Tongga? tepi? kantoi?dan jangan Tegur?
lojiknya, sebagai contoh, longkang penuh dengan segala kekotoran. Jadi memang tidak elok kita melangkah benda-benda kotor. Selain dari itu, ada juga amalan untuk menjaga kecantikan seperti memakan daun 憀emuni?dan bunga mawar selama 40 hari,?jelasnya.
Signifikannya, mungkin dengan segala amalan dan pantang diamalkan, Rozita, walaupun umur sudah menjangkau 35 tahun serta mempunyai dua cahaya mata, kejelitaannya masih terpelihara.
Bagi duta jenama barangan Rorine dan gedung pakaian Jakell ini, boleh dikatakan semua aspek kehidupannya sudah cukup sempurna namun ruang hatinya masih belum terisi walaupun sudah lima tahun hidup keseorangan. Bila diminta memberi komen mengenai hal itu, Rozita hanya berkata, saya belum ada sesiapa yang istimewa.?
Dengan hidup sendirian selama ini, ditambah pula terlibat dalam dunia glamor, Rozita akui banyak juga khabar angin tidak benar disebarkan mengenai dirinya. Katanya, ada di dalam dalam blog mengatakan saya pernah ditangkap khalwat, ada kata saya mengamalkan susuk dan paling baru, kisah Dato?K belikan saya kereta,?terangnya dalam nada geli hati.
saya masih ingat lagi ketika mula-mula gosip berkaitan kereta itu tersebar. Ada pihak menelefon adik saya untuk memastikan adakah perkara itu benar. Namun, adik saya menjawab, dia yang uruskan pembayaran duit pendahuluan dan bayaran bulanan, bagaimana pula Dato?K terlibat.?
Rozita ditemui ketika majlis perlancaran filem terbaru dimensi Cinta?terbitan Harian Inovatif Sdn Bhd.Menurut Rozita, dia berbesar hati terlibat dalam filem ini kerana ianya berdasarkan sebuah kisah benar mengenai semangat juang wanita dalam mengharungi halangan hidup. Bagi Rozita sendiri, walaupun ada yang mengatakan watak yang bakal dibawanya mengimbau kenangan dahulu, dia menafikannya.
Selain itu, dia baru selesai menjalani penggambaran sebuah telemovie arahan Sabri Fadzil dan juga terlibat dalam drama kepolisan Gerak Khas? Dalam pada itu, Rozita juga tidak putus-putus menerima tawaran berlakon dalam telemovie terbitan beberapa produksi tempatan.
Dengan usia semakin meningkat, Rozita ditanya apa perancangannya untuk masa depan. untuk tahun 2009, saya bakal bekerjasama dengan dengan Ayu Raudhah untuk membuka sebuah syarikat perancang perkahwinan. Ini kerana kami amat menyukai seni mengubah dan mereka baju pengantin. Sebab itu kami berharap dapat membuka perniagaan sendiri sekaligus sebagai pendapatan tambahan untuk masa depan selain bidang lakonan.?
Dikurniakan dua cahaya mata, Ammar Effendy (13) dan Aniq Ezzra (11), Rozita turut ditanya bagaimana untuk menjadi seorang ibu yang baik kepada anak-anak. Pesannya, mengambil berat tentang apa yang mereka lakukan, memarahi perkara tidak patut dilakukan dan sentiasa terlibat dengan aktiviti persekolahan, jika boleh