
dapatkan free preview kat siniSINI

Anak vokalis kumpulan OAG, Mohd. Radhi Razali berusia tiga tahun dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pantai di sini selepas terjatuh ke dalam kolam renang di banglo neneknya di Petaling Jaya dekat sini pagi semalam.
Kanak-kanak itu, Mohd. Rifdhi Muslim yang dimasukkan ke ICU sejak pukul 12 tengah hari semalam, kini dalam keadaan stabil dan tidak sedarkan diri selepas diberi ubat sedatif.
Mohd. Radhi memberitahu, kejadian yang berlaku di rumah mertuanya itu dimaklumkan sendiri oleh isterinya, Shazlin Sharif pada pukul 11.30 pagi semalam.
Kejadian mencemaskan pukul 10.45 pagi itu berlaku apabila Mohd. Rifdhi Muslim, 3, dikatakan hendak bermain kapal di kolam tersebut tanpa disedari oleh mak cik dan tiga orang pembantu rumah neneknya.
Kanak-kanak itu kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pantai kerana terdapat jangkitan kuman pada paru-parunya kesan terminum air kolam terlalu banyak.
Seorang pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Nor, 28, berkata, sebelum kejadian itu, dia dan dua lagi pembantu rumah lain sedang membersihkan bilik air di tingkat atas, manakala Rifdhi sedang leka menonton televisyen.
Turut berada di rumah ketika itu ialah mak cik Rifdhi, Syarul Noorakila Sharif, 21, dan neneknya, Nik Rohani Nik Hussain, 57.
"Selepas selesai membersihkan bilik air, saya dan dua rakan pembantu rumah masuk ke dalam bilik kami sebelum keluar semula, tetapi hairan mendapati Rifdhi tiada di depan televisyen.
"Kami mula panik dan mencarinya di seluruh rumah lalu bertanyakan kepada Syarul Noor Akila yang ketika itu berada di dalam kereta untuk ke tempat kerjanya," katanya ketika ditemui di Hospital Pantai di sini semalam.
Menurutnya, mereka bertambah panik apabila Syarul Noor Akila menyatakan Rifdhi tidak bersamanya sebelum mereka bergegas ke kolam renang untuk mencarinya.
"Semasa di kolam, saya ternampak Rifdhi berada di dasar kolam dalam keadaan tertiarap di kedalaman 0.91 meter.
"Saya memanggil Syarul Noor Akila untuk menyelam menyelamat Rifdhi," kata beliau.
credit to Utusan N kOSMO