
BEIJING - Seorang isteri yang hidup selama tiga tahun bersama suaminya membuat pengakuan di mahkamah bahawa dia sebenarnya seorang lelaki, lapor akhbar semalam.
Seorang lelaki, Fu Shitou berkahwin dengan seorang mak nyah yang sebelum ini menyamar sebagai wanita, Wei Jinhua selepas mereka berkenalan.
Kisah sebenar terbongkar setelah Jinhua yang berasal dari Zechuan, timur China ditangkap polis yang kemudian melakukan pemeriksaan lanjut selepas dia melarikan diri dari rumah keluarganya kerana satu perbalahan.
Shitou berkata: "Saya seolah-olah tidak percaya saya tidak mengetahui (isterinya ialah seorang mak nyah). Namun, kami tidak pernah melakukan hubungan seks. Saya cuma mahukan seseorang untuk menjaga saya."
Jinhua, 44, dibebaskan selepas seorang hakim mengarahkan polis memintanya memakai semula seluar dan memotong rambut seperti lelaki. - Agensi