Saintis India Temui Bakteria Yang Tidak Pernah Dijumpai Di Permukaan Bumi


Saintis India Temui Bakteria Yang Tidak Pernah Dijumpai Di Permukaan Bumi...

Saintis India telah mengumumkan bahawa mereka telah menemui 3 jenis bakteria yang tidak pernah dan tidak mungkin boleh dijumpai di permukaan Bumi. Sebaliknya, bakteria tersebut telah ditemui kira-kira 20-40 km dari aras laut di lapisan Stratosfera Bumi.

Bakteria pertama tersebut telah diberikan nama Janibacter hoylei bersempena dengan seorang ahli astrofizik, Fred Hoyle. Bakteria kedua diberi nama Bacillus isronensis bersempena dengan Indian Space Research Organization (ISRO) yang terlibat dalam kajian ini. Bakteria yang terakhir diberi nama Bacillus aryabhata bersempena dengan Aryabhata, ahli astronomi India yang pertama.

Mereka telah menggunakan belon udara beratitud tinggi milik National Balloon Facility di Hyderabad dan dikawal selia operasinya oleh Tata Institute of Fundamental Research (TIFR). Dalam eksperimen tersebut, sampel udara dari paras ketinggian 20-40 km telah diambil dan dihantar ke Pusat Sel Molekular Biologi di Hyderabad dan Pusat Kajian Sains Sel (NCSS) untuk dianalisa.

Protokol ujian yang sama telah diguna pakai oleh kedua-dua pusat kajian tersebut dan telah memperolehi hasil kuputusan yang sama. Iaitu sampel udara yang diambil mengandungi sejumlah 12 jenis bakteria dan 6 jenis koloni kulat. Daripada analisa tersebut, kesemua 6 jenis koloni kulat dan 9 dari 12 jenis bakteria tersebut boleh ditemui di permukaan Bumi. Kecuali 3 jenis koloni bakteria yang dikodkan sebagai PVAS-1, B3 W22 dan B8 W22 adalah penemuan terbaru dan tidak pernah ditemui di permukaan Bumi.



Makhluk Asing Primitif ?

Saintis ada membuat andaian bahawa ketiga-tiga jenis bakteria ini tidak berasal dari Bumi setelah mengambil kira kebolehan rintangan terhadap sinaran Ultra Ungu (UV) yang tinggi berbanding bakteria-bakteria yang biasa ditemui di permukaan Bumi.

Walaubagaimanapun, mereka tidak mengesahkan yang bakteria tersebut merupakan hidupan makhluk asing primitif. Kajian yang lebih lanjut juga perlu dibuat bagi memastikan sama ada bakteria tersebut boleh membahayakan nyawa manusia atau sebaliknya.

sumber: Universe Today
0 Responses